Info :BERSIH 4.0

Info :BERSIH 4.0


Pada hari esok iaitu 29 & 30 Ogos 2015 akan terpahat di dalam sejarah negara, in sha allah akan berlangsungnya perarakan & perhimpunan aman di kota negara dan akan berlaku serentak di Kuching & Kota Kinabalu. Perhimpunan aman ini telah berjaya terlaksana untuk Bersih 1, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Tempat : Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu & 40 kota serata dunia.
Lokasi : Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.
Tarikh : 29 - 30 Ogos 2015
Masa : 2.00ptg (29 ogos) - 12mlm (30 ogos)
Pernyertaan : Badan-badan, pihak NGO dan politik serta menggalak semua rakyat  yang bersatu hati dalam menyuarakan dan mempertahankan hak bagi memastikan tuntutan yang dituntut adalah untuk kepentingan seluruh rakyat bersama di dalam Negara mahupun yang berada di luar negara.

Lima (5) tuntutan Bersih 4.0:
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara



0 comments:

Novel : Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah

Novel : Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah

Sambal Kerang Najwa

2 novel dalam 1 buku



Sinopsis : Sambal Kerang Najwa 
Penulis : Norhayati Berahim

Mengisahkan 4 sahabat baik iaitu Najwa, Mawar, Firdaus dan Seng yang sangat rapat dari waktu persekolahan sehinggalah ke universiti bekerja dan berkahwin. Keakraban mereka diketahui rakan-rakan mahupun keluarga masing-masing.
Insiden bermula apabila bapa Firdaus iaitu Pak Ijot dan ibunya Mak Mon yang kaya terlalu angkuh dan bongkak kepada orang kampung dan sanggup mengenakan kadar bunga yang tinggi kepada sesiapa yang meminjam duit darinya. Firdaus anak yang baik, walaupun ibu bapanya membuat onar dan tidak disenangi oleh orang kampung tetapi mereka tahu Firdaus tidak mewarisi sikap negatif dari orang tuanya.
Pak Pojie yang meminjam duit daripada Pak Ijot dan mengalami masalah isteri yang tidak sihat membuatkan beliau tidak dapat membayar hutang dengan Pak Ijot. Pak Ijot mengambil kesempatan mengenakan kadar bunga yang tinggi kepada Pak Pojie. Walaupun Pak Pojie merayu dan meminta bantuan kenalan untuk berunding Pak Ijot tidak mengendahkannya malah ingin merampas tanah kediaman Pak Pojie. Lagi parah, apabila rumah Pak Pojie dibakar. Semua orang kampung mengsyaki perbuatan tersebut angkara Pak Ijot. Namun tiada bukti membuatkan Pak Pojie bersedih. Firdaus yang merasa bersalah dengan atas perbuatan bapanya,sanggup menggunakan duit simpanannya untuk membina rumah untuk Pak Pokjie.
Najwa sangat sayangkan Ibu dan bapa saudaranya Mak Tam & Pak Tam. Mak Tam berat hati namun direlakan untuk memenuhi impian dan cita-cita Pak Tam yang ingin merternak Kerang di muara tak jauh dari rumah mereka. Duit untuk menunaikan haji habis semua digunakan untuk tujuan ternakan tersebut. Setelah berhempas pulas berbulan-bulan untuk menunggu membesar dan mengaut Kerang-kerang tersebut, Pak Ijot dengan rakusnya telah merompak hasil kerang Pak Tam. 
Mak Tam yang mengetahui perkara tersebut jatuh pengsan lalu meninggal dunia kerana terkejut. Pak Tam sangat kesal kerana hasil tidak dapat malah menanggung kerugian dan kehilangan isteri yang tersayang dan tidak memenuhi hasrat isterinya untuk menunaikan haji di Mekah.
Najwa yang sangat sedih telah memutuskan persahabatan dengan Firdaus kerana terlalu marahkan Pak Ijot bapa Firdaus. Sekali lagi kecewa, Firdaus bertindak melarikan diri melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana malu dengan perbuatana bapanya.
Seterusnya kisah carilah novel ini ya untuk mengetahui kisah selanjutnya :

Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan : NB KARA Sdn Bhd
Jumlah Mukasurat : 390
ISBN :  978-967-5229-27-5
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D NOR
Tahun terbitan : 2011
Cetakan : WORLD LINE MARKETING & SERVICES


Aku bukan Rabiatul Adawiyah

Sinopsis : Aku bukan Rabiatul Adawiyah
Penulis : Kusyi Hirdan


Mazwin di timpa malang dengan kematian ayah tercinta dan kemudian suaminya yang baru dikahwininya kurang 1 tahun. Perancangan merek untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama tidak kesampaian dengan pemergian suami yang amat dikasihi. Ditambah ibu tiri Faridah yang tidak senang akan dirinya. Suami Faridah iaitu ayah Mazwin selalu berpesan kepada Faridah isterinya agar menjaga anaknya Mazwin itu dengan elok. Dengan Faridah Mazwin ada adik tiri iaitu 2 perempuan dan 1 orang lelaki. Marhana yang seiras Mazwin..sudah puas dia bertanyakan kepada kawan-kawan kakaknya itu kemana menghilangnya dia.
Marhana sangat sedih akan kehilangan kakaknya itu. Namun umurnya yang diperingkat sekolah apakan daya untuk mencari kakaknya itu. Faridah mendesak Mazwin untuk berkahwin lain setelah kematian suaminya itu. Namun Mazwin berkeras untuk tidak mahu menuruti hasrat ibu tirinya itu.
Berang dan jauh hati dengan sikap ibu tirinya yang ingin lepas tangan dari dijaga olehnya, Mazwin nekad meninggalkan kampung halaman dan rumah yang banyak meninggalkan kenangannya bersama ayah dan suaminya yang tercinta.
Dari Johor merantau berbekalkan SPM Mazwin bekerja sebagai kerani di sebuah pasar raya mini dengan pertolongan kawannya. 5 tahun bekerja di situ dan tamat belajar secara separuh masa di universiti yang berdekatan membolehkan beliau dinaikkan pangkat dari kerani ke peringkat Pengurus pasar raya. Tokei pasar raya memiliki 2 anak lelaki, Abdul Aziz dan Abdul Razak. Abdul Aziz sangat menyenangi Mazwin dan meminta pertolongan Ustazah Shamsinar untuk meminangnya. 
Sayang Mazwin menolak risikan dari ustazah kerana beliau telah berjanji kepada suaminya Badrul untuk setia dan tidak akan berkahwin lain seperti Rabiatul Adawiyah yang bertaraf wali itu.
Cantiknya perancangan Allah, Marhana adik tiri Mazwin menyambung pelajaran di universiti berdekatan dengan tempat tinggal Mazwin. Ditakdirkan mereka bertemu dan saling berpelukanlah mereka setelah berpisah sekian lama dan Mazwin tidak langsung pulang ke kampung halamannya di Johor.
Mazwin mahu adiknya itu merahsiakan pertemuan mereka sedangkan adiknya Marhana tidak memahami maksud kakaknya. Marhana menceritakan ibu mereka Faridah sangat rindukan Mazwin dan sangat susah hati. Mazwin tidak percaya dan berdendam dengan Faridah. Malah harta miliknya tidak diendahkannya diserahkan semuanya kepada ibu tirinya itu. Kerana dia tahu ibu tirinya itu ketika ayahnya masih hidup, sangat berkira dengan segala gerak-gerinya dan sebarang hadiah yang ayahnya berikan.
Abdul Aziz meskipun kecewa dengan tindakan Mazwin, namun dia masih menaruh harapan lagi. Sentiasa memerhatikan Mazwin dari jauh dan mengikuti perkembangannya. Suatu insiden berlaku, melibatkan adiknya Marhana, Bagaimana kisah selanjutnya ? Carilah buku ini di perpustakaan atau kedai buku berhampiran anda ya......


Penulis : Kusyi Hirdan
Terbitan : NB KARA Sdn Bhd
Jumlah Mukasurat : 321
ISBN :  978-967-5229-27-5
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D NOR
Tahun terbitan : 2011
Cetakan : WORLD LINE MARKETING & SERVICES

0 comments:

Info : Temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17 [KONTRAK] (MATRADE)

Info : Temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17 [ KONTRAK] (MATRADE)


Email terima jemputan untuk Temuduga

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana tak di sangka rezeki nak dapat Temuduga dari Syarikat Matrade ni. Seingat aku hantar permohonan 3 bulan yang lalu iaitu kalau tak silap bulan 5/ Mei 2015. Baru la ni depa nak panggil temuduga... Fuh..lama tu.....Cuma jawatan ni Kontrak je. 
Ikut hati macam segan je nak p...tambahan pulak aku dah lama tinggalkan kerja-kerja komputer secara teknikal. 
Kira-kira 10 tahun yg lalu aku belajar dan praktik kan kerja-kerja teknikal ni. Belajar di Cosmopoint dulu untuk Sijil Microcomputer Technician namenyer. Dengan sijil tu aku dapat keje di sebuah Cyber Cafe berdekatan dengan kampung halaman di selatan Perak. Kemudian ada dapat keje dengan sebuah syarikat yang meniagakan kerja-kerja teknikal pengendalian CCTV di sungai petani, kedah.

Sekarang tak sangka rezeki nak dapat temuduga ni...Hmm alah..temuduga je pun..tu pun nak excited sangat....mungkin orang kata gitu..tapi yelah...dengan situasi negara yang kadar pengangguran yang meningkat ditambah dengan kadar matawang Malaysia yang semakin merudum..hmmm p je lah kan jangan memilih sangat...dapat Jemputan untuk di temuduga dan sekali lagi petang Jumaat lepas wakil Matrade ade call untuk dapatkan kepastian samaada untuk hadir ke sesi pada Rabu 19/8/15 ni. So aku pun jawab in sha allah saya hadir. Maka tak perlulah aku reply balik email tu.. Tu sebab depa call agaknyer untuk kepastian....huhuhu
Hmm ni nak kena susun-susun balik resume...sijil-sijil nak kena tengok-tengok satg tersalah bagi...kang 'reject' lak kan...huhuhu
Apapun segalanya aku berserah kepada Allah samaada dapat @ tak. Kalau dapat alhamdulillah kalau tak maknanya ada orang lain yang lebih berhak..kan kan...
Sebelum tu..meh nak buat 'research' apa itu MATRADE ni kan.. Sekurang-kurangnya nanti aku ada idea apa nak jawab bila di temuduga nanti selain persedian diri aku nanti. Dah lama aku tak ditemuduga dan menemuduga orang sejak 2,3 tahun lalu.

So apa Matrade ni ? Menurut encik WIKIPEDIA ianya adalah
MATRADE Pusat Pameran dan Konvensyen (MECC) adalah pusat perdagangan, dewan pameran, dan pusat konvensyen di Bandaraya Kuala Lumpur , Malaysia . MECC, yang ditubuhkan oleh MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), menyediakan kemudahan konvensyen, dewan pameran dan bilik mesyuarat. Matrade juga telah memperuntukkan ruang pameran tetap untuk 400 syarikat tempatan di dewan pameran itu di tingkat dua.
Sejak beroperasi pada 2 Januari 2007, MECC telah menganjurkan pelbagai acara perdagangan yang berkaitan.  So Matrade ni..adalah campuran swasta & kerajaan. Lain-lain info..tak dapat bukak lak website MATRADE (www.matrade.gov.my/) ni...depa tengah 'under construction'  sampai 16/8/15.kata ketua bahagian IT di Twitter depa https://twitter.com/matrade
So tunggulah isnin ni 17/8/15 'hopefully' website depa ble di akses dan boleh lah aku tengok dan survey apa yang patut untuk info-info berkaitan yang semoga dapat membantu aku pada hari Rabu tu nanti.
Lokasi terletak di Jln Sultan Hj Ahmad Shah (Jalan Duta), Kuala Lumpur.


MATRADE Exhibition and Convention Centre
General information
TypeTrade and convention centre
LocationKuala Lumpur Malaysia
AddressJalan Khidmat Usaha
Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Coordinates3.177174°N 101.666751°E
InauguratedJanuary 2007
Technical details
Floor count24
Floor area106,000 sq m
Website
mecc.matrade.gov

0 comments:

Artis : Boyz II Men (Antarabangsa)

Artis : Boyz II Men (Antarabangsa)

Boyz II Men
Boyz II Men - Live at Vega cropped.jpg
Boyz II Men performing at Vega, Copenhagen.
Background information
OriginPhiladelphia, Pennsylvania
GenresR&Bsoulnew jack swing
Years active1985–present
LabelsMotown (1989–1999)
Universal (1999–2001)
Arista (2002–2003)
MSM Music Group (2003–)
Decca (2007–2009)
Associated actsL.A. ReidBabyfaceMariah CareyTim & BobJimmy Jam and Terry Lewis,Sean CombsDallas AustinBrandy,Uncle SamNew Edition112Brian McKnightVivian Green
MembersNathan Morris
Shawn Stockman
Wanya Morris
Past membersMichael McCary
Marc Nelson
https://en.wikipedia.org/wiki/Boyz_II_Men


Artis berkumpulan ini sangat saya minati lagu-lagunya seperti "End Of The Road, I'll Make love to you' dan berduet bersama Mariah Carey untuk lagu ' One Sweet Day. Merupakan antara lagu-lagu popular dan menaikkan nama mereka. Konsep muzik mereka adalah genre R&B dan soul...ohh saya sangat sukakan genre ini. 

Kini kumpulan ini hanya tinggal bertiga sahaja. Asalnya berlima (5), kemudiannya beransur kurang dan keluar dari kumpulan kerana masalah kesihatan membataskan kerjaya ini.

Saya memiliki koleksi album mereka dari tahun 1991 - 2011. Tetapi maaflah koleksi mereka hanyalah setakat berbentuk digital bukan CD mereka. Saya berjaya kumpulkan koleksi mereka dari internet :p

Kumpulan ini sudah pastinya sudah menjelajah ke serata dunia dengan menjejaki kaki mereka contohnya seperti Jepun, Sepanyol,dan beberapa negara lagi.

Koleksi peribadi saya ada menunjukkan mereka membuat persembahan di negara Jepun dan Sepanyol. Untuk lagu mereka yang popular seperti Doin Just Fine, I'll Make the love to you, On Bended Knee, dan End Of The Road serta beberapa buah lagu lagi. Bezanya butir lirik dendangan mereka sahaja yang berbeza, lagu nya tetap sama seperti lagu original mereka.

Ohh ya mereka ada sebuah lagu yang saya tahu khas untuk dedidasikan kepada ibu bertajuk ' A Song For Mama'..so jika tak tahu lagu apa untuk ditujukan kepada ibu anda yang tersayang dalam versi bahasa Inggeris boleh lah tujukan lagu ini kepada bonda anda :)


Lagu Popular Boyz II Men ( End Of The Road)


0 comments:

Info : Radio SURIAFM.COM.MY

Info : Radio SURIAFM.COM.MY

Rileks..santai..cool

Siaran dari radio ini merupakan salah satu dari puluhan radio yang bersiaran di Malaysia dan yang saya gemari selain siaran Radio Sinar.fm dan Klasik.fm. Hahaha tapi saya alhamdulillah belum tahap umur klasik ya!

Apa yang saya suka dari radio ini ? Dulu, sebelum suka dengan radio ini, saya peminat kepada radio Sinar.fm. Saya tertarik kepada trio otai iaitu Salih Yaacob, Raja Azura & Krill.

Saya sukakan trio ini kerana celoteh mereka yang tak terlalu 'skema' dan menggunakan loghat-loghat dalam negeri malaysia ni membuatkan saya ketawa atau tersenyum sendiri walau dimana jua saya mendengarnya. Selain dari topik perbualan mereka yang terkini dan celoteh yang suka mengusik sesama mereka mahupun terhadap pemanggil / pendengar radio saya rasa ramai yang menggemari mereka terutamanya pendengar di kalangan umur 30an dan ke atas.

Berbalik kepada radio Suria FM, saya terbaca dan terlihat logonya di media sosial Facebook oleh sepupu saya yang sangat sukakan radio ini. Di situlah saya kenal apa itu Suria FM dan terus 'streaming online' siarannya. Ternyata 'best' juga radio ni.. sesuai dengan lagu-lagu yang di siarkan sekitar lagu-lagu di tahun 90-an. Itu yang pasti. Kerana di tahun itu,adalah zaman saya membesar. Maka lagu-lagu yang disiarkan mampu untuk membuatkan saya tertarik dengan radio ini. 
Tetapi bukan setakat lagu di tahun itu sahaja,ada juga lagu-lagu terkini dan popular.

Kekuatan pada radio Suria FM adalah celoteh di pagi hari iaitu Penyampai Radio Adibah Nor bersama Baki Zainal. Mula-mula saya ingatkan Baki Zainal ni seorang berbangsa Cina sebelum ketahui namanya. Tetapi lihat saja pada wajahnya memang tak seperti orang melayu...huhuhu..
Adibah Nor juga seorang penyanyi yang hebat dan celotehnya yang segar, manja dan kadang-kala boleh bertukar suara keanak-anakkan....so cute... Mula-mula memang tak percaya suara budak tu rupanya suara Adibah Nor...ehhehehe

Sekarang ni sudah banyak radio yang mana siarannya kita boleh dengar secara online / atas talian. Radio Suria.FM pun kita boleh dengar online menggunakan PC, laptop atau telefon pintar korang yang boleh akses kepada internet. Para penyampai radio ini semuanya kiranya muda atau tahap belia la umurnya. Maka sesuai benar konsep yang diketengahkan oleh penganjur/pemilik/CEO radio Suria.FM ni lah,senang cakap...hahaha. Radio ini juga ada cawangan di Malaysia Timur dan disampaikan oleh Farish dan Lotter (bekas pelajar Akademi Fantasia). Farish pun antara selebriti yang pernah menjadi pengacara dalam beberapa rancangan di Astro juga berlakon untuk drama-drama suatu ketika dulu.
Radio ni ada banyak program nyer...kalau untuk Program di hari-hari biasa dari hari Isnin-Jumaat tu ada 9 jenis manakala program untuk Hujung Minggu pun sama juga ada 9 program.
Nak dengar ucapan cinta,nak tujukan lagu buat seseorang,lagu-lagu dari indonesia, lagu-lagu pilihan, lagu-lagu genre rock..dan macam-macam lagilah.....Macam-macam ado..

Ohh ya..selain itu, dari website radio ini, ada banyak info yang menarik antaranya tentang penyampai, ada pertandingan yang boleh kita sertai, info untuk komuniti, gossip artis,info hiburan dalam dan luar negara.
Nak tahu macamana nombor frekuensi bagi Suria.FM ni, senang jer tengok kat  gambar bawah ni atau kalau tak jelas..p je kat website depa..
http://www.suriafm.com.my/frekuensi/



Selamat mendengar :)




0 comments:

Game : Words with friends

Game : Words with friends



Status = Free / online

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zynga.wwf2.free&hl=en


Permainan ini saya 'download' di henpon saya. Bole dikatakan setiap hari saya akan menatap permainan ini. Permainan tak jauh beza pun dengan permainan SAHIBBA kalau kawan-kawan tahu sewaktu zaman persekolahan dulu. Kenapa saya suka permainan ini kerana saya ingin menambahkan tahap penguasaan bahasa inggeris saya dan mempelajari perkataan-perkataan baru atau perkataan yang belum biasa saya gunakan. Di dalam aplikasi permainan ini, disediakan ruangan penjelasan / kamus bagi setiap perkataan yang kita atau rakan kita mainkan di kotak-kotak yang disediakan seperti gambar di atas.
Apakah DL,TL,DW,TW? DL (Double Letter),TL (Triple Letter), DW (Double Word) dan TW (Triple Word). So..bila kita letakkan perkataan kita pada salah satu kotak di atasnya maka huruf dari perkataan kita tadi akan dikira mengikut huruf yang diberikan nilainya. Seperti contoh perkataan HI huruf H (nilainya 3) diletakkan di kotak TL = maka nilainya akan digandakan tiga kali di tambah dengan huruf-huruf selepas H, iaitu I (nilainya 1). Total semua bagi perkatan HI adalah = 3+3+3+1 berjumlah = 10

Selain dari dapat menambah pemahaman kepada bahasa inggeris, saya dapat juga berinteraksi atau berkenalan dengan rakan permainan kita. Namun permainan ini dapat dimainkan 1 lawan 1 dalam satu masa. Kita juga boleh bermainan sebanyak mana perlawanan dengan rakan baru atau perlawanan dengan bukan manusia secara 
offline'.

Kita dapat juga bermain dengan kawan-kawan kita sendiri dari Facebook, kawan baru yang kita taipkan namanya (apps akan carikan ) dan kawan secara pilihan rawak.
Terdapat bahasa-bahasa antarabangsa yang diboleh kan untuk bermain. Bahasa inggeris (UK dan US).
Cuma agak mengecewakan kerana kadang-kala untuk bahasa US, apps tidak dapat terjemahkan perkataan-perkataan tertentu yang kita mainkan dalam permainan.

Selamat mencuba bagi mereka yang suka permainan yang santai + berfikir :)



0 comments:

Buku : 166 Tip Sales Efektif

Buku : 166 Tip Sales Efektif


Sinopsis :

166 Tip Sales memberi panduan kepada jurujual dan usahawan bagaimana memulakan dan mengekalkan perniagaan. Buku ini sesuai untuk individu yang melibatkan diri dalam perniagaan konvensional, multilevel marketing, insuran, takaful, amanah saham dan sebagainya.

Antara tip-tip menarik yang dibincangkan di dalam buku ini :
  • Konsep M dalam bidang jualan
  • Falasi pandang sebelah mata
  • Cara menjawab pembenci jurujual
  • Teknik tempoh bertenang bagi prospek yang degil
  • Cara melaya pelanggan yang marah
  • Cara mewujudkan kumpulan yang bermutu tinggi
  • Faktor penghasut ataupun penyokong
  • Cara menghadapi pencuri impian
  • Teknik-teknik menjawab bantahan
  • Cara menyemarakkan semangat yang lemah

Setelah habis membaca buku ini, saya dapati ia bagus dimanfaatkan kepada mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan seperti MLM (Multilevel Marketing), Trust Fund, Takaful, Insurans, Close more sales, reduce objections, prospecting, buying motives dan capture and maintain customer. Penulis bukan sahaja menggunakan ayat-ayat yang bersahaja malah ada situasi-situasi yang diketengahkan olehnya mencuit hati saya. hahaha seperti contoh pada Tip 11, penulis menggunakan contoh situasi dialog dengan nama sebuah syarikat yang dinamakan Syarikat Ikan Menggigil pengurus dan jurujualnya membincangkan tentang prestasi jualan pekerjanya. Pada akhir setiap Tip 166 tu akan dijelaskan dengan sebab musabab yang saya pasti penulis sangat arif tentang isu bagi setiap Tip yang cuba dikongsikan. Walaupun ada Tip-Tip yang isunya ringkas atau dipandang remeh tetapi ia merupakan salah satu hal yang perlu diberi perhatian.


Penulis : Ashadi Zain & Sharuddin Abdullah
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Jumlah Mukasurat : 314
ISBN :  983-3585-41-8
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D 658.85 ASH
Tahun terbitan : 2006
Cetakan : BS Print (M) Sdn Bhd

.Alhamdulillah...ada kawan yang berminat dgn rebiu pembacaan dari saya :)
Semoga sukses ya!  (
NuSaNa NoSa 91 )


2 comments: