Novel : Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah

Novel : Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah

Sambal Kerang Najwa

2 novel dalam 1 buku



Sinopsis : Sambal Kerang Najwa 
Penulis : Norhayati Berahim

Mengisahkan 4 sahabat baik iaitu Najwa, Mawar, Firdaus dan Seng yang sangat rapat dari waktu persekolahan sehinggalah ke universiti bekerja dan berkahwin. Keakraban mereka diketahui rakan-rakan mahupun keluarga masing-masing.
Insiden bermula apabila bapa Firdaus iaitu Pak Ijot dan ibunya Mak Mon yang kaya terlalu angkuh dan bongkak kepada orang kampung dan sanggup mengenakan kadar bunga yang tinggi kepada sesiapa yang meminjam duit darinya. Firdaus anak yang baik, walaupun ibu bapanya membuat onar dan tidak disenangi oleh orang kampung tetapi mereka tahu Firdaus tidak mewarisi sikap negatif dari orang tuanya.
Pak Pojie yang meminjam duit daripada Pak Ijot dan mengalami masalah isteri yang tidak sihat membuatkan beliau tidak dapat membayar hutang dengan Pak Ijot. Pak Ijot mengambil kesempatan mengenakan kadar bunga yang tinggi kepada Pak Pojie. Walaupun Pak Pojie merayu dan meminta bantuan kenalan untuk berunding Pak Ijot tidak mengendahkannya malah ingin merampas tanah kediaman Pak Pojie. Lagi parah, apabila rumah Pak Pojie dibakar. Semua orang kampung mengsyaki perbuatan tersebut angkara Pak Ijot. Namun tiada bukti membuatkan Pak Pojie bersedih. Firdaus yang merasa bersalah dengan atas perbuatan bapanya,sanggup menggunakan duit simpanannya untuk membina rumah untuk Pak Pokjie.
Najwa sangat sayangkan Ibu dan bapa saudaranya Mak Tam & Pak Tam. Mak Tam berat hati namun direlakan untuk memenuhi impian dan cita-cita Pak Tam yang ingin merternak Kerang di muara tak jauh dari rumah mereka. Duit untuk menunaikan haji habis semua digunakan untuk tujuan ternakan tersebut. Setelah berhempas pulas berbulan-bulan untuk menunggu membesar dan mengaut Kerang-kerang tersebut, Pak Ijot dengan rakusnya telah merompak hasil kerang Pak Tam. 
Mak Tam yang mengetahui perkara tersebut jatuh pengsan lalu meninggal dunia kerana terkejut. Pak Tam sangat kesal kerana hasil tidak dapat malah menanggung kerugian dan kehilangan isteri yang tersayang dan tidak memenuhi hasrat isterinya untuk menunaikan haji di Mekah.
Najwa yang sangat sedih telah memutuskan persahabatan dengan Firdaus kerana terlalu marahkan Pak Ijot bapa Firdaus. Sekali lagi kecewa, Firdaus bertindak melarikan diri melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana malu dengan perbuatana bapanya.
Seterusnya kisah carilah novel ini ya untuk mengetahui kisah selanjutnya :

Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan : NB KARA Sdn Bhd
Jumlah Mukasurat : 390
ISBN :  978-967-5229-27-5
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D NOR
Tahun terbitan : 2011
Cetakan : WORLD LINE MARKETING & SERVICES


Aku bukan Rabiatul Adawiyah

Sinopsis : Aku bukan Rabiatul Adawiyah
Penulis : Kusyi Hirdan


Mazwin di timpa malang dengan kematian ayah tercinta dan kemudian suaminya yang baru dikahwininya kurang 1 tahun. Perancangan merek untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama tidak kesampaian dengan pemergian suami yang amat dikasihi. Ditambah ibu tiri Faridah yang tidak senang akan dirinya. Suami Faridah iaitu ayah Mazwin selalu berpesan kepada Faridah isterinya agar menjaga anaknya Mazwin itu dengan elok. Dengan Faridah Mazwin ada adik tiri iaitu 2 perempuan dan 1 orang lelaki. Marhana yang seiras Mazwin..sudah puas dia bertanyakan kepada kawan-kawan kakaknya itu kemana menghilangnya dia.
Marhana sangat sedih akan kehilangan kakaknya itu. Namun umurnya yang diperingkat sekolah apakan daya untuk mencari kakaknya itu. Faridah mendesak Mazwin untuk berkahwin lain setelah kematian suaminya itu. Namun Mazwin berkeras untuk tidak mahu menuruti hasrat ibu tirinya itu.
Berang dan jauh hati dengan sikap ibu tirinya yang ingin lepas tangan dari dijaga olehnya, Mazwin nekad meninggalkan kampung halaman dan rumah yang banyak meninggalkan kenangannya bersama ayah dan suaminya yang tercinta.
Dari Johor merantau berbekalkan SPM Mazwin bekerja sebagai kerani di sebuah pasar raya mini dengan pertolongan kawannya. 5 tahun bekerja di situ dan tamat belajar secara separuh masa di universiti yang berdekatan membolehkan beliau dinaikkan pangkat dari kerani ke peringkat Pengurus pasar raya. Tokei pasar raya memiliki 2 anak lelaki, Abdul Aziz dan Abdul Razak. Abdul Aziz sangat menyenangi Mazwin dan meminta pertolongan Ustazah Shamsinar untuk meminangnya. 
Sayang Mazwin menolak risikan dari ustazah kerana beliau telah berjanji kepada suaminya Badrul untuk setia dan tidak akan berkahwin lain seperti Rabiatul Adawiyah yang bertaraf wali itu.
Cantiknya perancangan Allah, Marhana adik tiri Mazwin menyambung pelajaran di universiti berdekatan dengan tempat tinggal Mazwin. Ditakdirkan mereka bertemu dan saling berpelukanlah mereka setelah berpisah sekian lama dan Mazwin tidak langsung pulang ke kampung halamannya di Johor.
Mazwin mahu adiknya itu merahsiakan pertemuan mereka sedangkan adiknya Marhana tidak memahami maksud kakaknya. Marhana menceritakan ibu mereka Faridah sangat rindukan Mazwin dan sangat susah hati. Mazwin tidak percaya dan berdendam dengan Faridah. Malah harta miliknya tidak diendahkannya diserahkan semuanya kepada ibu tirinya itu. Kerana dia tahu ibu tirinya itu ketika ayahnya masih hidup, sangat berkira dengan segala gerak-gerinya dan sebarang hadiah yang ayahnya berikan.
Abdul Aziz meskipun kecewa dengan tindakan Mazwin, namun dia masih menaruh harapan lagi. Sentiasa memerhatikan Mazwin dari jauh dan mengikuti perkembangannya. Suatu insiden berlaku, melibatkan adiknya Marhana, Bagaimana kisah selanjutnya ? Carilah buku ini di perpustakaan atau kedai buku berhampiran anda ya......


Penulis : Kusyi Hirdan
Terbitan : NB KARA Sdn Bhd
Jumlah Mukasurat : 321
ISBN :  978-967-5229-27-5
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D NOR
Tahun terbitan : 2011
Cetakan : WORLD LINE MARKETING & SERVICES

0 comments: