Games : Plants VS Zombies

Games : Plants VS Zombies
(Tumbuhan VS Zombi)
https://en.wikipedia.org/wiki/Plants_vs._Zombies


  1. Tumbuhan vs Zombies
    Permainan video
  2. Tumbuhan vs Zombies adalah permainan menara pertahanan video dibangunkan dan asalnya diterbitkan oleh Games PopCap untuk Microsoft Windows dan OS X.Wikipedia
  3. Tarikh keluaran awal : 5 Mei 2009
  4. Platform : Android, iOS, Microsoft Windows, PlayStation 3 , Lebih banyak
  5. copyright (https://en.wikipedia.org/wiki/Plants_vs._Zombies)

Saya telah bermain permainan ini sekitar tahun 2009-2010 dulu sehingga sekarang. Adapun permainan ini telah di 'upgrade' dan kini ke versi Plants Vs Zombies 2. Peranti yang saya gunakan adalah sekadar laptop saya ketika itu processor intel core 2 duo. Ia tidak memerlukan peranti yang canggih-canggih..memadai dengan sebuah laptop (atau desktop) dan tetikus (mouse). Apa yang membuatkan saya bermain permainan ini sehingga kini (2015), adalah bagaimana anda merancang, mengenalpasti dan bermain mengikut kreativiti anda untuk menang !
Sayangnya,saya hanya satu level iaitu Endless saya tidak dapat menguasai sepenuhnya.
Peringkat yang tertinggi saya berjaya adalah level 34 atau 35 (jika saya tidak silap). Penghujung untuk level ini saya pun tidak tahu kerana iainya tidak dimaklumkan dalam permainan ini.

Kini di tahun 2015,saya hanya bermain permainan ini di smartphone saya sahaja. Bukan saja saya boleh bermain dimana-mana seperti di waktu rehat (bekerja), ketika menunggu kawan di restoran dan walaupun ketika memasak....huhuhu



Saya dapati permainan secara 'mobile' saya dapat lebih fokus dan jemari saya lebih tangkas untuk mengendalikan askar-askar saya itu (tumbuh-tumbuhan) untuk menang! Selain itu, permainan yang di 'upgrade' kan secara 'mobile dan android' ini lebih menyeronokkan kerana pemaju (PopCap Games) telah memberikan kelainan dari segi penampilan latar belakang, situasi, karekter tumbuhan dan zombi yang baru lebih mencabar dan ianya hebat!

Mungkin permainan ini dianggap remeh dan tidak mencabar tidak seperti permainan-permainan strategi yang lain seperti Clash Of Clans dan lain-lain.
Saya mencadangkan jika permainan ini remeh, cubalah dulu permainan ini dan bermain sehingga menang. Kita lihat bagaimana karekter yang remeh ini boleh dengan 'selamber' meremehkan kita kembali.

Link untuk bermain secara online :online

Versi desktop

Versi 'mobile'



0 comments: