Buku : 7 Rahsia Langit dan Bumi

7 Rahsia Langit dan Bumi


Buku yang membawa kita menyelami tujuh rahsia pada setiap tujuh (7) hari dalam seminggu. Di mana pada setiap hari itu punyai ceritanya tersendiri. bersumberkan Al-Quran & hadis. Cerita yang terdiri daripada kisah-kisah para Rasul dan Nabi, juga para sahabat, anbiya juga wali-wali.

Kita bukan sahaja dapat mengetahui rahsia setiap hari yang ada dalam seminggu (Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu), malahan kita sedang menjejaki sejarah umat manusia itu sendiri. Tidak sekadar boleh beramal dengan rahsia yang tersingkap, kita juga boleh merenung dan mengambil teladan daripada hikmah yang terkandung.

Terjemahan oleh :Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani
Penulis : Asy Syeikh Al Imamul AjaluAbu Nashr Muhammad Bin Abdurrahman Al Hamdan
Terbitan : Pustaka Azhar (www.pustakaazhar.com)
Jumlah Mukasurat : 192
ISBN :  978-967-5218-17-0
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D 297.18 ABU
Tahun terbitan : 2009
Cetakan : BS Print (M) Sdn. Bhd.


Bab  1 : Rahsia Hari Sabtu

Fasal yang Pertama : Makar kaum Nuh terhadap Nabi Nuh Alaihissalam
Fasal yang kedua : Makar kaum Shaleh terhadap unta Nabi Shaleh Alaihissalam
Fasal yang Ketiga : Makar saudara-saudara Yusuf terhadap Nabi Yusuf Alaihissalam
Fasal yang Keempat : Makar Firaun terhadap Nabi Musa 
Alaihissalam
Fasal yang Kelima : Makar golongan yahudi terhadap Nabi Isa Alaihissalam
Fasal yang Keenam : Makar kaum Quraisy di Daarun Nadwah terhadap Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa sallam.
Fasal yang Ketujuh : Makar kaum yahudi atas larangan Allah Taala.

                                      Bab  2 : Rahsia Hari Ahad

Fasal yang Pertama : Penciptaan tempat jalan bintang-bintang
Fasal yang kedua : Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
Fasal yang Ketiga : Penciptaan api neraka pada hari ahad
Fasal yang Keempat : Penciptaan tujuh lapis bumi
Fasal yang Kelima : Penciptaan tujuh lautan yang besar
Fasal yang Keenam : Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
Fasal yang Ketujuh : Penciptaan tujuh hari dalam seminggu

                                      Bab  3 : Rahsia Hari Isnin

Fasal yang Pertama : Tentang naiknya Nabi Idris Alaihissalaam ke langit
Fasal yang kedua : Kepergian Musa Alaihissalaam ke Thursina
Fasal yang Ketiga : Turun Dalil tentang ke-Esa-an Allah
Fasal yang Keempat : Kelahiran Rasulullah Muhammad Shallallaahu alaihi wa sallam.
Fasal yang Kelima : Untuk pertama kali Jibril As turun menjumpai Nabi s.a.w
Fasal yang Keenam : Diperlihatkannya semua amalan ummat kepada Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam.
Fasal yang Ketujuh : Hari wafat Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam.

                                      Bab  4 : Rahsia Hari Selasa

Fasal yang Pertama : Jurjais Alaihissalam dibunuh
Fasal yang kedua : Terbunuhnya Nabi Yahya Alaihissalaam
Fasal yang Ketiga : Terbunuhnya Nabi Zakaria Alaihissalaam
Fasal yang Keempat : Terbunuhnya Para Tukang Sihir Firaun
Fasal yang Kelima : Terbunuhnya Asyiah Isteri Firaun
Fasal yang Keenam : Disembelihnya Sapi Bani Israil
Fasal yang Ketujuh : Terbunuhnya Habil Putera Adam Alaihissalaam

                                      Bab  5 : Rahsia Hari Rabu

Fasal yang Pertama : Kebinasaan Auj Bin Unuq
Fasal yang kedua : Kebinasaan Qarun
Fasal yang Ketiga : Kebinasaan Firaun dan bala tenteranya
Fasal yang Keempat : Kebinasaan Namrudz Bin Kan'aan
Fasal yang Kelima : Kebinasaan kaum Saleh
Fasal yang Keenam : Kebinasaan Syadaad Bin 'Aad
Fasal yang Ketujuh : Kebinasaan Kaum Hud

                                       Bab  6 : Rahsia Hari Khamis

Fasal yang Pertama : Nabi Ibrahim Alaihissalam menghadap Raja Mesir
Fasal yang kedua : Tukang beri minum raja mesir masuk ke penjara
Fasal yang Ketiga : kedatangan saudara-saudara Yusuf menemui Yusuf Alaihissalam
Fasal yang Keempat : Kedatangan Bunyamin ke bandar mesir
Fasal yang Kelima : Kedatangan Yakub Alaihissalam di Mesir
Fasal yang Keenam : Musa Alaihissalam masuk ke Mesir
Fasal yang Ketujuh : Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam masuk ke Makkah

                                       Bab  6 : Rahsia Hari Jumaat

Fasal yang Pertama : Perkahwinan Nabi Adam Alaihissalam dan Siti Hawa
Fasal yang kedua : Perkahwinan Nabi Yusuf Alaihissalam dengan Zulaikha
Fasal yang Ketiga : Perkahwinan antara Nabi Musa Alaihissalam dan Shafrawa
Fasal yang Keempat : Perkahwinan Nabi Sulaiman Alaihissalam dengan Ratu Balqis
Fasal yang Kelima : Perkahwinan Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa sallam dengan Siti Khodijah Radhiallahu 'anha
Fasal yang Keenam : Perkahwinan Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa sallam dengan Siti Aisyah Radhiallahu 'anha
Fasal yang Ketujuh : Perkahwinan antara Sayidina Ali dan Siti Fathimah Radhiallahu 'anha

Saya mendapati buku ini bagus untuk dibaca dan sesuai untuk semua golongan. Terdapat ilmu-ilmu atau maklumat yang di bukukan ini jarang atau terdengar oleh saya dari mana-mana ceramah akan sebahagian sejarah dalam agama kita ini.

http://abusyahirah.blogspot.com

 Seperti contoh : Makar Kaum Nuh terhadap Nabi Nuh Alaihissalaam
Seperti yang kita sedia maklum atau ketika menuntut ilmu di peringkat sekolah, kita tahu bahawa Allah membinasakan kaum Nuh ini dengan bah air sehingga tiada seorang pun yang selamat walhal Isteri dan anak Nabi Nuh sendiri kerana keengganan mereka mengakui Keesaan Allah. Hanya Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya yang setia beserta setiap binatang secara berpasanganan sahaja yang selamat di dalam Bahtera Nabi Nuh.

Tetapi di dalam buku ini walaupun helaian keterangannya tidaklah begitu panjang dan lengkap namun penjelasan yang luar dari kebiasaan saya dengar membuatkan saya rasa teruja untuk menghabiskan pembacaan saya secepat mungkin.

Air bah yang Allah turunkan untuk membinasakan kaum Nabi Nuh datangnya dari dalam bumi air yang sangat panas, curahan dari langit ari yang sangat dingin serta menimbulkan angin taufan yang sangat dahsyat berkecamuk disekeliling mereka. Nah..bukankah ini penjelasan yang tidak biasa didengar. Mungkin kepada pembaca sekalian pernah membacanya atau mendengarnya, apapun alhamdulillah dengan pembacaan buku ini saya sedikit ilmu dan ingin dikongsikan di sini.

Satu lagi hal yang tidak pernah saya ketahui ialah iaitu papan bagi menghasilkan Bahtera Nabi Nuh itu ialah sejumlah 124 000 keping dan pada tiap-tiap keping itu ada nama Nabi-nabi dan 4 orang sahabat Rasulullah
...subhanallah



0 comments: