Buku : Menulis Atas Pasir


Buku : Menulis Atas Pasir


Sinopsis :
Buku ini merupakan himpunan kisah-kisah teladan.
Di sekitar kita terlalu banyak kisah yang berlaku. Kisah-kisah itu adalah teladan bagi dijadikan iktibar dalam menjalani kehidupan kita seharian. Cerita-cerita di dalam buku ini dilenggarakan sebagai pedoman dan teladan untuk para pembaca. Kita perlu sedar, ada ketikanya Allah s.w.t berikan satu musibah kecil ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar. Tiada siapa yang tidak melalkukan dosa. Oleh itu Allah s.w.t turunkan sedikit dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya.
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja kepada mereka yang ditimpan musibah tetapi juga kepada seluruh umat manusia, Tiada siapa dapat lari daripada ujian Allah s.w.t ini. Hanya mereka yang beriman dan bertakwa mampu tenang sewaktu berlakunya mysibah dan ujian. Setiap dugaan yang Allah berika nitu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan olehNya peringatan agar kita cepat sedar dan beristigfar serta kembali ke pangkal jalan.

Berdasarkan kepada pembacaan saya, buku ini sesuai untuk semua golongan. Ia mudah, ringkas dan dapat difahami jalan ceritanya. Terdapat dari himpunan ini,ceritanya berlaku pada zaman kini. Ada yang sedih, penuh pengajaran dan menitiskan air mata saya bila membacanya. 48 kisah-kisah yang boleh kita dapati dari buku ini dan bolehlah kita jadikannya sebagai renungan dan sempadan dalam hidup kita.

Penulis : Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Terbitan : Green Dome & Publications Sdn Bhd
Jumlah Mukasurat : 170
ISBN :  978-967-12434-9-7
No Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia :D 297.18 SMS
Tahun terbitan : 2014
Cetakan : JONATHAN PRINT HOUSE


0 comments: