Filem : Ender's Game

Filem : Ender's Game



Diarahkan olehGavin Hood
Dihasilkan oleh
Lakon layar olehGavin Hood
BerdasarkanPermainan Tender ini
oleh Orson Scott Card
Dibintangi
Muzik olehSteve Jablonsky
SinematografiDonald McAlpine
Sudah disunting olehZach Staenberg 
Lee Smith
Pengeluaran
syarikat
Diedarkan olehSummit Entertainment 
Lionsgate Filem
Tarikh Akhbar
  • 24 Oktober 2013(Jerman)
  • November 1, 2013(Amerika Syarikat)
Menjalankan masa
114 minit [ 1 ]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$ 110,000,000[ 2 ] [ 3 ]
Box office
$ 125.500.000 [ 4 ]
https://en.wikipedia.org/wiki/Ender%27s_Game_(film)


Filem cereka fiksyen sains ni dah lama iaitu 2 tahun lepas 2013, tetapi baru di tengok semalam..huhuhu..Ok juga ceritanya..'boring-boring' tengah malas-malas di rumah layan 'movie' lagi bagus kan..

So cerita ni..ia berkisar kepada bagaimana seorang budak lelaki atau Kadet Andrew/ Wiggin yang pintar dengan kebolehan beliau dalam pertempuran ruang simulasi dalam versi masa depan manusia membantu dunia dalam menghadapi peperangan di dunia angkasa lepas menewaskan makhluk asing bersama-sama kawan-kawan persekolahannya. Di sekolah Kadet, banyak kesukaran yang beliau tempuhi namun semangat dan bakat yang dimiliki beliau cepat dinaikkan level / pangkat lantas membolehkan menjadi Komander bagi mengetuai angkatan Armada peperangan di angkasa.
Sangkaan Wiggin dalam peperangan terakhir yang berjaya diketuainya mendapat kebanggaan dari pihak atasan Armada perang..namun setelah diketahui perihal yang sebenar,Wiggin sangat marah kepada ketuanya Graff kerana peperangan simulasi yang di kendalikannya adalah peperangan sebenar dan beliau rasa bersalah kerana telah menghapuskan keseluruhan makhluk asing tersebut.Alasan beliau tidak mahu dikenali sebagai pembunuh itulah yang membuatkan Wiggin sangat marah. Graff telah menyatakan beliau akan dikenali sebagai wira, namun Wiggin tidak peduli.
Akhir cerita ini, Wiggin dapat menemui Ratu permaisuri makhluk asing tersebut yang dalam keadaan uzur dan sedang melindungi telur warisan mereka. Ratu menyatakan kekesalan perbuatan mereka menyerang bumi terdahulu dan sebenarnya mereka tidak pernah bertujuan untuk meneruskan perang. Ratu mengakui akan kemusnahan yang berlaku kepada bangsanya, dan dia mahukan keamanan serta sanggup memafkan Wiggin.

Hahaha....bila baca semula entri ni...rasa nak tergelak je...hai macam caca-marba je bahasa aku ni...in sha Allah...di masa-masa hadapan harap ulasan-ulasan aku akan lebih baik lagi hendaknya...
So kalau 'korang' ada masa dan minat dengan cerita-cerita fiksyen sains macam ni..boleh survey filem ni ya.


0 comments: