Batuk-batuk sempena Hari Lebaran 2015...huhuhu

Penyakit datang dan penghapus dosa : Batuk-batuk dan tonsil


Alhamdulillah dah 4 hari aku kurang sihat. Gara-gara minum ais dan rembatan makan makanan di hari raya. Dengan lemang, rendang,nasi himpit, kuih raya dan bihun sup bagai.. Kan cuaca kat Malaysia ni panas, maka air sejuk + ais tu memang sangat-sangat menggoda..'especially' air oren sunkist tu...hahaha. bubuh oren dier kaw-kaw masam + air gula dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa = memang thorbaek....... Kenapa Alhamdulillah lak kan.. Semoga penyakit ini dapat sedikit sebanyak dapat menghapus dosa-dosaku yang lalu. Allah lebih mengetahui.


Gambar atas ni contoh salah satu kesan tonsil di dalam rongga mulut. Tapi aku punye tak la teruk macam kat atas ni. Sikit pun rasa tak selesa..bayangkan kalau teruk macam dalam gambar tu...nauzubillah....
Selalunya kalau batuk-batuk gini...kemudian akan datang selesema akibat tonsil yang ku alami sejak kecik lagi. So badan memang tak betah untuk bertahan lama bagi suhu panas, makanan pedas atau masam atau suhu sejuk. Tak tentu,kadang-kadang terjadi sebab duduk dalam ruang bersejuk dingin 'air-cond' pun boleh jadi juga.

Pernah nak p buat 'operation', doktor pakar cakap 'situasi awak masih boleh dielakkan untuk proses tersebut kerana tahap tonsil awak tidak teruk'...hmmm baiklah doktor saya ikut cakap doktor..walaupun kadang-kadang tuan punya badan ni dah tak tahan nak tanggung...menganggu untuk melakukan ibadah lain...chewah...huhuhu
Doakan agar aku cepat sembuh ya!

0 comments: