Info : Ucapan Takziah

Info : Ucapan Takziah


Menurut kata seorang ustaz di sebuah rancangan berunsur keagamaan di sebuah televisyen (nama rancangan maaf...lupa lak) beliau mengatakan syarat untuk menyatakan salam takziah ni...syaratnya sunat tidak lebih dari tiga hari ye! Kenapa ? sebab jika kita mengucapkan salam tersebut juga.. ini akan membuatkan waris atau keluarga si mati akan berasa bertambah-tambah lagi sedih hati..lagi 'down' dan menyebabkan mereka terkenang-kenang akan si arwah. Maka kerana ini...jika kita hendak menyatakan salam takziah tersebut,ketika saja ketahui maka teruslah niat menyampaikan salam tersebut dalam 3 hari saje ye. 
Contohnya : Ustaz cakap, kalau kita ketahui hari ke-4 setelah pemergian si arwah maka menyampaikan salam takziah tu...simpan sajelah niat tu... kenapa..sudah dinyatakan di atas alasannya.

Kata beliau lagi...jika ingin menziarah jiran yang sakit, ringan-ringankanlah bersedekah membawa sesuatu seperti buah-buahan atau makanan yang dapat membantu agar jiran yang sakit ni tadi cepat sembuh. Kehadiran kita menziarah pesakit dapat membantu atau memberi aura sihat kepadanya supaya positif dan yakin untuk cepat sembuh. Namun harus di beri perhatian disini, jika ingin membeli buah pastikan jiran yang sakit ni ada gigi untuk mengunyah buah-buahan yang kita sedekahkan...jika tidak ada gigi maka rajin-rajinlah kita buatkan bubur nasik ke...bubur gandum ke supaya pesakit dapat merasa makanan yang kita beri tadi.

Ucapan Salam Takziah :
1. Sunat hanya setakat 3 hari kematian arwah

Sedekah membawa makanan kepada jiran yang sakit :
1. Contohnya buah-buahan atau makanan sesuai dengan keadaan pesakit.


0 comments: