Lalala..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015
MAAF ZAHIR & BATIN




Hari Mulia - Sheila Majid


Bersabarlah Sayang - Anuar Zain

Sallam Aidilfitri semua, selain dari lagu-lagu raya 'evergreen' seperti nyanyian dari Seniman P.Ramlee, Rafaeeh Buang, Sanisah Huri, S.JBeng, Sharifah Aini..dua lagu dari Youtube ni adalah antara 'favorite' saya untuk setiap tahun.
Mungkin saya sukakan rentak RnB dan modern skit..maka nyanyian dari Sheila Majid dan Anuar Zain memang menjadi pilihan saya...huhu

Ketika Siti Nurhaliza muncul memeriahkan industri tanahair kita, beliau bukan saja ada 2,3 lagu untuk perayaan Aidilfitri malah saya anggarkan kira-kira hampir 10 buah lagu atau lebih dari nyanyian beliau. Tak kira lagu raya untuk kita bersedih-sedih, bergumbira atau santai-santai ketika membeli belah baju raya di 'mall-mall'....hahahaha

Tahun ini kita beraya mungkin menjadi sejarah kerana kita beringat dan bersederhana sahaja...bukan nak dikata tahun ni je...tetapi kerana tahun ni kan spesial kerana semua barang dikenakan GST6% maka...para penjual atau pembuat kuih-kuih raya ni pun dah berkurang menyediakan sampel-sampel kuih raya untuk dirasa-rasa...Maklumlah...harga barang-barang semua dah naik...harga tepung,gula dan bahan kelengkapan lain pun turut sama naik..maka tak hairanlah kuih-muih,biskut-biskut raya ni berkurangan.. kalau kata barang-barang tersebut tak dinaikkan harga sebab GST tu pun...diorang memang dah naikkan siap-siap..tapi kat resit tulis tidak dikenakan GST...huhhuuhu alahai.....

Eh..kita kan nak bersuka ria beraya...biarlah GST tu... nak buat macamana...berayalah kita seadanya...sambil mendengar lagu-lagu raya dari corong-corong radio kegemaran anda, smartphone korang atau dimana-mana saja.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2015, Maaf Zahir & Batin.
Maaflah jika ada terkasar bahasa ke apa ya....kosong-kosong.




0 comments: